Sunday, June 3, 2012

Tuesday, April 17, 2012

Konvo!

Assalammualaikum.

After a while, wow lama giler tak update blog. Banyak sebab musababnya, dah busy study, tak ada cerita nak kongsi bla bla and bla.
Tapi malam ni tak tahu pulak tetiba gatal tangan ni nak kongsi something yang for me sangat interesting. Sangat tau! So firstly I'm gonna start with the Convocation!

Yeah, Finally after 2 and a half years bertungkus lumus lah kononnya menghabiskan masa belajar waktu Diploma dulu akhirnya pejam celik pejam celik dah nak konvo. Pheww, dah konvo dah, berbaloi jugak habiskan masa time diploma dulu.


Yeah nama saya di B914, ala satu je bintangnya. Sebab time diploma dulu asyik main-main je. Argh! janji habis jugak mengajinya.

Alhamdulillah.

Tahniah untuk semua kengkawan Se-Batch, Housemate tersayang! dan Sahabat-sahabat satu kelas. Tak sabar rasanya nak mengambek gambar ramai-ramai. Yeah!!!!

Harap Jubah Konvo tu tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Adesss...

Sunday, February 26, 2012

Coming Soon: PitStop Fashion Store

Assalammualaikum...

Langkah pertama dalam memasang angan-angan dan inginkan ia menjadi kenyataan. Maka dalam permulaan langkah pertama dengan rasminya....

Akan beroperasi secara online juga secara terus kepada anda untuk beberapa hari lagi. Di harap anda dapat memberikan respon dan membantu untuk terus melangkah dan menggapai impian tersebut. Terima Kasih.


p/s: special thanks to Anwar Rusdini kerana menghasilkan banner tersebut. Thank you! =)

Thursday, February 9, 2012

Wedding Video by Mysara Ramlan.

Assalammualaikum...

Nak share something dekat semua umat manusia tak kira bangsa, budaya dan agama. Macam serius je bunyinya kan? Sebenarnya tak adalah seserius mana. Cuma nak share kan dengan readers pasal kerja-kerja yang aku buat selama 6 bulan aku bercuti dan menjadi seorang bekas pelajar Diploma UiTM.

Well, macam di ketahuilah, aku ni seorang freelancer makeup artist yang baru nak naik wah gitu. So memandangkan ayat baru nak naik tu sangat lah mendalam maksudnya jadi income untuk aku as a mak andam tak banyak untuk sementara ni. Biasalah baru nak naik kut.

Tetapi, walaupun rezeki pada belah pihak tu agak kureng sikit so we need to find other way untuk cari side income yang lain. For 6 month memang macam2 dah aku buat, dari seorang makeup artist, bertukar arah ke profesion Photographer amatur. Dapatlah jugak 2-3 job melibatkan photography kan. Kelas kau jah. Then, beralih arah pulak ke videographer punya side, which is aku di beri tugasan sebagai videographer untuk satu majlis perkahwinan. 2 video sekali aku langsaikan, satu video nikah dan satu lagi video sanding. Well, biasalah if orang tengok memang ada lah sedikit cacat celanya coz aku pun bukannya arif bab-bab ni. Just I need to usahalah untuk cari side income yang lain dari makeup kan!

So, here you go. You guys boleh view my videos and thank you for supporting me and bagi komentar yang baik untuk aku maju dan perbaiki diri di masa hadapan.

Video Sanding: Dewan Profesional Kolej Kemahirang Tinggi Mara Beranang Selangor.

Video akad nikah; PKNS, Beranang Selangor.

Alhamdulillah, walaupun agak complicated sikit time buat benda ni, but syukur giler everythings done! yeah!

So if you guys interested nak try hasil kerja aku, but Warning: I'm not profesional. Tapi kalau nak budget yang ekonomi ala2 video nampak mahal sikit boleh lah calling2 wassap2 kite okeh!

Dalam 6 bulan ni ada jugaklah income aku. Dapat jugak tukar telefon u olls...
Siapa yang rasa menyampah tengok video aku, rasa cam "erghhh tak ada standard" video aku ni, lantak kaulah peah. Janji orang carik aku. Kau hado? hausssss!!!!!

Enjoy!!!

p/s: wa tak sabar masuk kolej. tapi income dulu jadi outcome!


Sunday, February 5, 2012

The happiest moment.

Assalammualaikum....

Wow! Lama tak update sebab bila dah tahun baru ni memang sangat-sangat busy. So after bercuti panjang dari berblogging so here the story.!

First is aku nak recap about new year punya wish dulu. A'ah! my wishlist yang aku nak sangat tu...akhirnya aku dapat my first wish which is my new gadget. Yeay!

Mula-mula tu plan nak blackberry. Tapi memandangkan dah jatuh cinta with this so ambil jela kan. 
Finally done with my first wish so now I'm gonna move on with the second one. 

So, I need money to have this. Tapi bila fikir balik benda ni macam menyusahkan je, sebab I need camera and all stuff yang agak remeh nak cari. But aku nak jugak. Sebab gambar dia ohsem!

Alhamdulillah because finally aku dapat apa aku nak. 

Well said, sebenarnya awal tahun ini adalah awal tahun yang sangat menggembirakan aku. Why? Sebab banyak berita gembira, rezeki yang melimpah dan urusan aku yang dipermudahkan oleh Allah swt. 
Antara berita yang tersangat gembiranya adalah, aku diterima sebagai Pelajar Ijazah Sarjana Muda Skrin di UiTM. 
This is the most happiest moment yang aku rasa dalam hidup aku. Sedar tak sedar, aku dah melangkah sebagai seorang student degree pulak. and of course aku sedang menuju cita-cita. 
5 March kelas start, sangat excited and tak sabar. Jumpa kawan-kawan lama balik, lecturer, and campus. serious tak sabar. And of course paling tak sabar nak shooting with the mates.

Then, Insyaallah bulan Mei aku akan konvo. Tarikh tak confirm yet I'll catch up with you guys later. Nanti pos kanlah bunga untuk aku eh. Hahahah.

Alhamdulillah, permulaan tahun 2012 banyak memberikan aku kesenangan dan kegembiraan dan aku berdoa agar kesenangan ini akan terus dilimpahkan sampai bila-bila. Tapi kena jugak ingat, dugaan tuhan sentiasa ada untuk kita. And I'm very hope that aku dapat face it. Insyaallah.

To all my friends and bakal-bakal mahasiswa-siswi yang dapat menlangkah ke depan tahniah di ucapkan, semoga perjalanan baru ini akan dapat kita lalui dengan tenang. 
Insyaallah.

Alhamdulillah.

p/s: wa nak jadi director wo!



Tuesday, January 10, 2012

Pre-Wedding Photography

Assalammualaikum...

Sebelum ni aku pernah buat engagement photography so sekarang inilah kerja aku. Pre-Wedding photography. Wah! agak-agak telan air liur tak korang yang tengok ni?

Oppss!!!

Sebelum ada photographer-photographer atau viewers yang akan memberikan sebarang ulasan yang mungkin kepedasan hendaknya, better aku bagitahu awal-awal. I'm not a professional photographer ok! Ini sekadar suka-suka, mengisi masa lapang dan rezeki jika di perlukan khidmat sebagai jurugambar yang tidak bertauliah. Acece...
Jangan marah...

Berdasarkan ilmu yang dibagi oleh lecturer time Diploma dulu, aku praktikkan untuk ambek2 gambar. Padahal time kelas dulu sumpah malas gila nak pergi padahal minat kut klik-klik kamera ni. Jadi dengan segala ilmu yang dicurahkan, tahulah aku apa itu Aperture, Shutter, Iso, Exposure, colour balance and so on. 
Padahal mostly guna Auto ye tak! Hahaha... Jadi, dari dibiarkan kamera aku berhabuk, baik aku suruh dia bekerja. Jadi di bawah inilah hasilnya.

Pre-Wedding Photoshoot.













Amacam ok? Banyak kurangnya. Biasalah aku pun bukannya pro, snap pun ikut apa yang pernah diajar dulu tapi kalau terdesak memang ke auto lah perginya.

Photoshoot ini untuk my aunt yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 21hb nanti. So diorang pun nak mengabadikanlah kenangan befor berkahwin kan. Sebenarnya sebelum ni konsep dia dekat sawah. Tapi macam tak kena je kan so bertukar lah ke konsep ala-ala garden gitu. Garden ke? Boleh lah...

Alhamdulillah bakal pengantin ni pun puas hati.

Terima kasih dekat sahabat2 yang komen and bagi nasihat yang berguna untuk aku boleh perbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih banyak-banyak...

p/s: Tak sabar pulak time aku nak buat pre-wed. weee.....



Saturday, January 7, 2012

Kantoi Suara Lelaki.

Assalammualaikum...

Sejak sejak dah mula sibuk mencari duit ni, memang susah dah nak mengupdate entry sehari 2-3 kali. Wah mampu sampai nak 2-3 kali posnya. Boleh lah ni kan dari tak ada.

Sebenarnya nak mengadu. Kad ATM Bank Islam aku hilang. Uwaa!! Semalam baru sedar kad tu dah tak ada. Aisyh. Dugaan aku minggu ni. Sebelum tu plan nak masukkan duit dalam bank pastu bila bukak je dompet perasan kad atm dengan kad-kad yang lain hilang kecuali IC dengan Lesen! Alhamdulillah lesen dengan IC tak hilang. Buatnya hilang dah menggagau aku kena pergi buat report semua! Aisyh.

Hati memang tak keruan dah. Malam tu jugak terus call bank Islam, mintak block nombor pin tuh yelah buatnya Duit Berjuta aku dalam tu hilang mahu tak melalak aku. Dah block nombor then orang tu suruh call esok yakni hari ini lah, untuk check simpanan duit sebab aku pun tak sure hilang bila, bukak-bukak je dompet terus hilang. So pagi tadi bangun je tidur terus aku amek telefon ayah aku, and call orang bank tu. 

Ok part ni aku dah hangin sikit. Aku cakaplah nak check akaun sebab kad hilang so nak makesure akaun dalam bank tu ada lagi ke tak. Lepas tu macam biasalah procedurenya bagi nombor IC nama and so on.
Lepas tu tiba-tiba operator perempuan tu cakap:

" Ni mysara ramlan ke? ke orang lain?"

"Ye saya mysara ramlan".

" Sure ke ni mysara ramlan?"

" Yeeee ciiikk... saya mysara.... suara saya memang macam ni..."

Aku dah agak dah, dia confuse dengan suara aku. Sebab suara aku kalau dalam phone memang macam lelaki.

" Ok boleh mintak alamat rumah, nama ibu, nombor telefon... bla bla bla... dan betul ye awak mysara ramlan..?"

Ok ni dah melampau dah sangat. Dah berapa kali tanya

Yes aku mysara ramlan!!!! adoiii..... stressnya... 

Lepas tu soalan last dia tanya kad bank islam ni ada link dengan tabung haji tak...Aku jawablah aku tak sure, sebab akaunnya bukak dah lama mana nak ingat kan.

Terus operator tu cakap tak boleh nak tolong aku sebab aku tak dapat nak jawab soalan last tu. Dia suruh aku ke kaunter untuk dapatkan pengesahan. Adoi apsal PAYAH sangat urusan dengan dia ni! Tapi aku rasa dia was-was dengan aku. Sebab lebih 3 kali dia tanya aku betul ke aku ni MYSARA RAMLAN.

Ok sekarang aku geram giler. And terus buat test mic 1.2.3 dengan suara aku. Yela aku ni baru bangun tidur, tambah pulak dengan hidung tersumbat nya tambah pulak dengan suara aku ala-ala jantans gitu memang macam Awie lah suara aku. 

Lepas 5 minit aku call lagi dengan harapan orang lain pulak jawab And yes! Kali ni lelaki jawab.
Ok orang ni pun sama was was dengan aku. Tapi! Dia tak banyak soalan dan just tanya alamat emel, nombor ic and nama, then tanya aku pernah dapat elaun or biasiswa. Lepas jawab apa yang perlu terus orang tu minta maaf then dia bagi tahu jumlah duit yang tinggal dalam akaun aku.

Alhamdulillah ada lagi duit aku. Tak lena aku tidur semalaman. Tambah pulak sakit hati dengan perempuan yang jawab call tu tadi.

Sebenarnya situasi ni bukan sekali, dah banyak kali. Pernah jadi dekat drive thru McD Semenyih. Time tu malam tak silap aku. Malam-malam perut lapar kan. Then menggagau lah cari makanan singgah kejap kat MCd. Aku pun order lah. Dah habis order. "

" Ok BANG boleh bayar kat depan.."

oqejrfeodfjkl2qreu9dasm;f,wkfwopfofwfffff

Owh! Sentap menyentap sakit jiwa raga aku! Tak apa sabar.
Sampai je kat kaunter tu, belum pun aku bukak pintu kereta nak bayar, cik adik manis yang jaga kaunter tu dah pucat. Siap tutup mulut lagi terkejut.
Aku bukak je pintu kereta,

" Maaf kak, maaf sangat, saya tak nampak, maaf kak"

Beriya-iya cik adik tu mintak maaf sampai merah muka dia.

" Tak apa, saya dah biasa.."

Aku senyum bayar dan terus ke depan amek pesanan. Dalam kereta memang terbahak-bahak lah adik-adik aku gelak. 

Kalau nak diikutkan banyak kali dah situasi ni berlaku. sampaikan dulu time sekolah ada mak kawan aku yang siap marah aku sebab ingat lelaki call anak dia.
Kadang-kadang gelak sorang-sorang aku ingat balik. Adoi... baru lah retis nak jadi ADELE. Tapi suara time bercakap on phone. Haaarrrrrraaammmm....

So, sebenarnya moral of the story dia sekarang ni pasal kehilangan kad bank tu. Kalau aku tak cuai mungkin takkan hilang then tak adalah susah-susah nak buat kad baru. Pelik jugak sebab tak pernah-pernah kad aku hilang dalam dompet tu, tapi mungkin sebab dompet aku tu dah tak ada duit so makin banyak ruang yang ada and senanglah kad-kad dalam tu nak jatuh sebab dah longgar ye tak. Yelah sebelum ni dompet penuh so ruang ketat susah nak keluar. Motiff??? Hahaha...

Sebelum ni kad tu dah bagi hint nak jatuh tau! Dia terkeluar sikit dari dompet. Lepas tu aku just tolak macam tu je dalam dompet tu. Hurm, nak buat macam mana benda dah jadi. So Isnin ni kenalah pergi bank buat kad baru. Nasib baik Ic and lesen tak hilang... Syukur sangat-sangat!

Semua ni dugaan aku, yelah tak pernah hilang so sekarang ni biarlah dia hilang nak bagi pengajaran supaya aku jaga barang-barang penting elok-elok. 

So jagalah barang anda elok-elok ye. And pasal operator perempuan Bank Islam tu! Tahniah sebab anda berusaha jugak untuk menjaga keselamatan duit-duit kami. Yelah betul jugak cara dia. Dia tak sure kan. So macam-macamlah dia buat untuk makesure yang benda-benda yang penting macam tu takkan jatuh dekat orang yang salah. =)

Owh pasal suara aku. Aku sangat BERBANGGA dapat suara macam ni. Sebab tak semua ada suara macam aku.Kau adooo????? Tidur lena sebab duit dah selamat. =)

p/s: Retis suara macam ADELE. masuk phone hancuuurrr!!!!